Written by Administrator,
on Friday, 05 December 2008
Views : 274
To All MCJ Muslim Members,
Sukacita dimaklumkan bahawa sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha 1429H, Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta akan mengadakan Majlis Hari Raya Aidil Adha bersama TYT Dato' Duta Besar serta warga Malaysia di Jakarta pada butiran berikut:
Tarikh : 8 Disember 2008 (Isnin) Tempat : Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta Masa : 7.30 am WIB
Sehubungan dengan itu, kamu dengar berbesar hati mengundang Tuan/Puan sekeluarga untuk hadir dan menjayakan majlis tersebut. Semoga kehadiran Tuan/Puan akan menyerikan majlis tersebut dan diucapkan terima kasih.
on behalf of KESUMA
MCJ - From Members, For Members and By Members
Aturcara
7.30 Ketibaan Para Jemputan
7.45 Ketibaan TYT Dato' Zainal ABidin Zain Duta Besar Malaysia Ke Indonesia & Isteri Y/Bhg Datin Robiah Jamaludin
8.00 Solat Sunat Aidil Adha
Khutbah Khas Aidil Adha
Jamuan Hari Raya
9.30 Majlis Korban (Di Tempat Letak Kenderaan Kedutaan Besar)
Written by Administrator,
on Tuesday, 02 December 2008
Views : 258
Sukacita dimaklumkan bahawa sempena menyambut Hari Raya Aidil-Adha 1429 H pada tarikh 08 Disember 2008, KESUMA dengan berbesar hati mengajak Tuan/Puan/Encik/Cik untuk turut serta dalam pelaksanaan ibadah korban. Ada pun kadar harga qurban adalah seperti berikut :
1. Lembu - Rp 1 juta per bahagian 2. Biri-biri - Rp 900,000 per ekor
Bagi yang berminat untuk melaksanakan ibadah qurban bolehlah menghubungi terus Setiausaha Agong KESUMA, En. ROSLI SAKIMIN di nombor 0813 8388 2774 / 0818 0882 2222 atau talian 021-5224947. Sila dapatkan borang penyertaan di sini.