| Written by Administrator,
on Monday, 15 September 2008
|
Views : 355  |
Sukacita dimaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama TYT. Dato' Zainal Abidin Zain, Duta Besar Malaysia di Indonesia. Untuk makluman, majlis tersebut akan diadakan sebanyak 2 kali seperti berikut : Tarikh Pertama : 21 September 2008 (Ahad) Tarikh Kedua : 27 September 2008 (Sabtu)
Masa : 17.51 WIB - selesai Tempat : Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta
Sehubungan itu, Bahagian Agama dengan berbesar hati mengundang semua Ahli-ahli MCJ serta Keluarga untuk hadir dan menjayakan majlis tersebut. MCJ - From Members, For Members and By Members On Behalf of Atase Agama, Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta
|